COVID-19: Vaksin Russia lulus ujian awal
Gambar hiasan LONDON: Pesakit yang terbabit dalam ujian awal vaksin COVID-19 Russia membina antibodi dengan 'tidak ada kejadian buruk', menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet, hari ini. Namun, pakar mengatakan bahawa ujian itu terlalu kecil untuk membuktikan keselamatan dan keberkesanannya. Russia bulan lalu mengumumkan bahawa vaksinnya, yang diberi nama 'Sputnik V' sempena satelit era Soviet yang pertama kali dilancarkan ke angkasa pada tahun 1957, telah mendapat kelulusan. Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis Barat mengenai kekurangan data keselamatan, dengan beberapa memberi amaran bahawa terlalu cepat menggunakan vaksin boleh membahayakan. Russia mengecam kritikan itu sebagai usaha untuk melemahkan penyelidikan Moscow. Dalam kajian Lancet, penyelidik Russia melaporkan dua ujian kecil, masing-masing membabitkan 38 orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dan 60 tahun, yang diberi dua bahagian imunisasi. Setiap peserta diberi dos bahagi