Flying-V’ lepasi ujian penerbangan
Pesawat 'Flying-V' berbentuk futuristik dan mampu menjimatkan penggunaan bahan bakar. - AGENSI AMSTERDAM: Para penyelidik berjaya melakukan ujian penerbangan sulung pesawat berbentuk V, sebuah pesawat futuristik dan jimat bahan bakar yang bakal menjadi pesawat penumpang terbaik masa depan. CNN melaporkan, reka bentuk unik pesawat dinamakan ‘ Flying-V ’ itu menyamai fungsi pesawat penumpang sedia ada dan pakar berharap bentuk aerodinamik mampu mengurangkan penggunaan bahan bakar sebanyak 20 peratus. Pakar menguji model pesawat futuristik berskala 22.5 kilogram dan tiga meter yang dibangunkan penyelidik di Universiti Teknologi Delft bersama penerbangan KLM. Sekumpulan penyelidik dan jurutera menguji pesawat itu di pangkalan udara di Jerman melalui kerjasama Airbus melibatkan kaedah berlepas, mendarat dan pergerakan di udara. “Salah satu kebimbangan kami adalah pesawat mungkin mengalami kesukaran berlepas kerana perhitungan sebelumnya menunjukkan ‘putaran’ boleh menjadi mas