Skip to main content

Thailand kaji hubungkan Lautan Hindi, Pasifik, pintas Selat Melaka

 

kapal-kargo-681x435
Gambar hiasan

BANGKOK – Thailand merancang untuk membina laluan darat yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik, dengan memintas salah satu laluan perkapalan tersibuk dunia.

Selat Melaka, laluan laut yang sempit antara Malaysia dan Singapura merupakan laluan laut terdekat yang menghubungkan wilayah Asia-Pasifik dengan India dan Timur Tengah.

Kira-kira suku daripada barangan yang didagang di dunia melalui laluan ini setiap tahun.

“Selat ini menjadi sesak sedikit.

Menggunakan laluan alternatif menerusi Thailand akan mengurangkan masa pelayaran lebih daripada dua hari, yang mana ia berharga untuk perniagaan ,” kata Menteri Pengangkutan Thailand, Saksiam Chidchob dalam temu bual dengan Bloomberg seperti dipetik The Japan Times.

Thailand merancang membina dua buah pelabuhan laut dalam di kedua-dua bahagian pantai di selatan negara itu, dan menghubungkannya menerusi lebuh raya dan rel, menurut Saksiam.

‘Jambatan darat’ sepanjang 100 kilometer akan menggantikan cadangan menggali sebuah terusan menerusi semenanjung.

Ia akan menyebabkan terlalu banyak keriosakan kepada alam sekitar, katanya.

Idea untuk membina terusan akan melintasi kawasan paling sempit negara itu dan mengurangkan jarak perjalanan sejauh 1,200 kilometer telah dipanjangkan namun ditolak beberapa kali sejak beberapa dekad lalu.

Kerajaan telah meluluskan peruntukan Baht75 juta untuk melakukan kajian pembinaan dua pelabuhan dan peruntukan Baht90 juta bagi mengkaji hubungan lebuh raya dan rel, menurut Saksiam. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful

Mr World Singapore 2020 finalist found dead in reservoir