COVID-19: Vaksin Russia lulus ujian awal

 

Gambar hiasan
Gambar hiasan

LONDON: Pesakit yang terbabit dalam ujian awal vaksin COVID-19 Russia membina antibodi dengan 'tidak ada kejadian buruk', menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam The Lancet, hari ini.

Namun, pakar mengatakan bahawa ujian itu terlalu kecil untuk membuktikan keselamatan dan keberkesanannya.

Russia bulan lalu mengumumkan bahawa vaksinnya, yang diberi nama 'Sputnik V' sempena satelit era Soviet yang pertama kali dilancarkan ke angkasa pada tahun 1957, telah mendapat kelulusan.

Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis Barat mengenai kekurangan data keselamatan, dengan beberapa memberi amaran bahawa terlalu cepat menggunakan vaksin boleh membahayakan.

Russia mengecam kritikan itu sebagai usaha untuk melemahkan penyelidikan Moscow.

Dalam kajian Lancet, penyelidik Russia melaporkan dua ujian kecil, masing-masing membabitkan 38 orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dan 60 tahun, yang diberi dua bahagian imunisasi.

Setiap peserta diberi dos bahagian pertama vaksin dan kemudian diberi penggalak dengan bahagian kedua 21 hari kemudian.

Mereka dipantau selama 42 hari dan semua antibodi berkembang dalam tiga minggu pertama.

Laporan itu mengatakan, data menunjukkan bahawa vaksin itu 'selamat, ditoleransi dengan baik, dan tidak menyebabkan kejadian buruk yang serius pada sukarelawan dewasa yang sihat'.

Ujian adalah secara terbuka dan tidak secara rawak, yang bermaksud tidak ada plasebo dan peserta tahu mereka menerima vaksin dan tidak diberikan secara rawak kepada kumpulan rawatan yang berbeza.

Penyelidik menekankan bahawa ujian yang lebih besar dan lebih lama - termasuk perbandingan plasebo - diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan vaksin jangka panjang untuk mencegah jangkitan COVID-19.

"Menunjukkan keselamatan akan sangat penting bagi vaksin COVID-19, tidak hanya untuk penerimaan vaksin tetapi juga untuk kepercayaan terhadap vaksinasi secara meluas," tulis Naor Bar-Zeev dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health dalam sebuah komentar di Lancet.

Laporan itu mengatakan, 76 peserta ujian itu akan dipantau hingga 180 hari, sambil menambah bahawa ujian klinikal fasa 3 yang lebih ketat telah dirancang dengan pembabitan 40,000 sukarelawan 'dari kumpulan umur dan risiko yang berbeza'. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful

Mr World Singapore 2020 finalist found dead in reservoir