Skip to main content

Hampir 480,000 kanak-kanak di AS dijangkiti Covid-19


coronavirus-2-681x383
Hampir 480,000 kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) sejak wabak itu mula menular.- Gambar hiasan.

WASHINGTON – Hampir 480,000 kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) sejak wabak itu mula menular, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik dan Persatuan Hospital Kanak-kanak Amerika, lapor agensi berita Xinhua.

Biarpun kanak-kanak hanya mewakili 9.5 peratus daripada semua kes yang dilaporkan di negara berkenaan, sejumlah 476,439 kanak-kanak diuji positif COVID-19, memetik laporan yang diterbitkan pada Isnin itu.

Kadar keseluruhan ialah 631 kes untuk setiap 100,000 kanak-kanak.

Sebanyak 70,330 kes baharu membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 13 hingga 27 Ogos, peningkatan 17 peratus untuk tempoh dua minggu.

Antara 0.6 hingga 4.1 peratus kanak dimasukkan ke hospital dan 0 hingga 0.3 peratus daripada jumlah semua kematian akibat COVID-19.

“Buat masa sekarang nampaknya penyakit yang disebabkan COVID-19 jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

“Bagaimanapun, laporan terperinci mengenai kes COVID-19 perlu terus dibuat untuk membolehkan jangkitan membabitkan kanak-kanak dapat dipantau,” kata laporan itu.

Sumber : BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful

Mr World Singapore 2020 finalist found dead in reservoir