Kemaluan warga emas tersepit celah kerusi

 



ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan kemaluan mangsa yang tersepit.

SUNGAI SIPUT: Seorang warga emas terpaksa menahan kesakitan kira-kira 30 minit selepas kemaluannya tersepit pada kerusi yang digunakannya untuk mandi dalam bilik air di kediamannya di Jalan Jalong, Kampung Baru Simpang Jalong, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.40 petang, mangsa berusia 80 tahun yang sudah uzur dipercayai duduk di atas kerusi itu untuk mandi sebelum kemaluannya masuk ke celah lubang kerusi berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohammad Zaidi Md Lazim Tuan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada keluarga mangsa pada jam 6.43 petang.

Katanya, sebaik tiba mendapati kemaluan mangsa masih tersepit pada kerusi berkenaan.

"Anggota bomba bertindak menggunakan alatan khas untuk menarik bahagian lubang kerusi itu sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan mangsa perlahan-lahan.

"Mangsa bagaimanapun tidak cedera serius dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba.

"Operasi berkenaan tamat jam 7.18 malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

The green housing project in China 'eats the master', unattended until it becomes a terrible forest

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful