India catat kes harian tertinggi COVID-19

 NEW DELHI: India menyaksikan peningkatan harian kes COVID-19 tertinggi dengan mencatatkan lebih 83,000 jangkitan dan 1,043 kematian dalam tempoh 24 jam.

Pada masa sama, data Kementerian Kesihatan menunjukkan bilangan kes yang pulih turut meningkat kepada 2,970,492 atau lebih 77 peratus.

Jumlah keseluruhan jangkitan virus itu di India kini meningkat kepada 3,853,406 kes termasuk 67,486 kematian manakala 8,15,538 kes aktif dikesan di seluruh negara itu.

Perangkaan rasmi COVID-19 di India melepasi penanda aras dua juta pada 7 Ogos lalu dan seterusnya meningkat melebihi tiga juta pada 23 Ogos lalu.

Menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), lebih 4.5 juta sampel sudah diuji setakat semalam, dengan 1.7 juta ujian dijalankan kelmarin iaitu bilangan harian tertinggi setakat ini.

India kini adalah negara ketiga paling terjejas akibat COVID-19 di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan hampir 6.3 juta jangkitan termasuk hampir 190,000 kematian dan Brazil dengan empat juta jangkitan termasuk 123,899 kematian.

Secara global, wabak yang bermula di Wuhan, China akhir tahun lalu itu sudah menjangkiti lebih 26 juta orang termasuk mengorbankan hampir 870,000 mangsa di 213 negara. - AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

The green housing project in China 'eats the master', unattended until it becomes a terrible forest

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful