Flying-V’ lepasi ujian penerbangan

 

Pesawat 'Flying-V' berbentuk futuristik dan mampu menjimatkan penggunaan bahan bakar. - AGENSI

AMSTERDAM: Para penyelidik berjaya melakukan ujian pe­nerbangan sulung pesawat berbentuk V, sebuah pesawat futuristik dan jimat bahan bakar yang bakal menjadi pesawat penumpang terbaik masa depan.

CNN melaporkan, reka bentuk unik pesawat dinamakan ‘Flying-V’ itu menyamai fungsi pesawat penumpang sedia ada dan pakar berharap bentuk aero­dinamik mampu mengurangkan penggunaan bahan bakar sebanyak 20 peratus.

Pakar menguji model pesawat futuristik berskala 22.5 kilogram dan tiga meter yang dibangunkan penyelidik di Universiti Teknologi Delft bersama penerbangan KLM.

Sekumpulan penyelidik dan jurutera menguji pesawat itu di pangkalan udara di Jerman melalui kerjasama Airbus melibatkan kaedah berlepas, mendarat dan pergerakan di udara.

“Salah satu kebimbangan kami adalah pesawat mungkin mengalami kesukaran berlepas kerana perhitungan sebelumnya me­nunjukkan ‘puta­ran’ boleh menjadi masalah,” kata Roelof Vos dari Fakulti Kejuruteraan Aero­angkasa, Universiti Teknologi Delft yang mengetuai projek berkenaan.

Beliau berkata, melalui kawalan jarak jauh, pesawat itu berjaya berlepas pada kelajuan 80 kilometer sejam dan segala-galanya mencapai apa yang dirancangkan.

Katanya, masih banyak lagi penyelidikan perlu dilakukan sebelum pesawat sebenar dapat terbang ke udara dan membawa penumpang.

Pakar merancang menggunakan data semasa bagi memungkinkan mereka menghasilkan simulator penerbangan.

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful

Mr World Singapore 2020 finalist found dead in reservoir