Artis, intelek Arab boikot majlis anugerah budaya UAE

 

Jurugambar Palestin, Mohamed Badarne. - Foto thisweekinpalestine
Jurugambar Palestin, Mohamed Badarne. - Foto thisweekinpalestine

BAITULMAQDIS: Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjalin hubungan diplomatik dengan Israel ditentang artis Arab dan golongan intelektual, yang memboikot majlis anugerah kebudayaan anjuran negara itu.

Antaranya, jurugambar Palestin, Mohamed Badarne, mengutus surat kepada Yayasan Seni Sharjah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada menyertai pameran yang dianjurkan.

"Sebagai individu yang terjajah, kita perlu bersatu menentang sebarang kerjasama membabitkan Israel," katanya.

Mohamed yang berpangkalan di Berlin, Jerman, berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan beliau membatalkan penyertaannya dalam acara itu.

UAE bulan lalu bersetuju menjalin hubungan diplomatik bersama Israel susulan perjanjian damai diusahakan Amerika Syarikat (AS), menjadikannya negara Teluk pertama dan negara Arab ketiga berbuat demikian.

Perjanjian itu menerima kecaman Palestin, yang menyifatkannya sebagai tikaman dari belakang dan mencetuskan bantahan pelbagai pihak.

Ramai rakyat Palestin melihat perjanjian itu sebagai satu pengkhianatan, sekali gus melanggar konsensus yang hanya membenarkan kerjasama dengan Israel jika segala isu berkaitan Palestin berjaya diselesaikan.

Menteri Kebudayaan Palestin, Atef Abu Seif, menggesa intelektual Arab supaya bersatu menentang keputusan terbabit, yang dianggap mengukuhkan kekuatan rejim Zionis. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Sarim Akhtar, in the blink of an eye is popular because of this picture!

The green housing project in China 'eats the master', unattended until it becomes a terrible forest

At the age of 72, Hema Malini remained beautiful